Wednesday, September 14, 2011

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh
kamu mampu menggambarkan personaliti
sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah
institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis
darah yang mengalir di dalam tubuh manusia
ternyata mampu memberi gambaran terdekat
mengenai keperibadian individu itusendiri. Ingin
berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini
disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa
yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri
sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam
apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya
yang melibatkan kerja-kerj berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan
berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut
walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya
kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang
agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu
seriusdalam persaingan sehinggakan ia mampu
memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yangdemikian kamu harus lebih bijak
mengawal emosi diri mu agar tidaikuasaidengan
tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat
utama dalam hidup kamu. Kamu gemar
melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan
kamu juga gemar melibatkan diri dengan
berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga
sentiasa berasa senang untuk bekerjasama
dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang
rasa yang ada dalam diri kamuitu melambangkan
bahawa kamu tergolong dalam kategori individu
yang memiliki keperibadian penyayang. Walau
bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan
terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan
langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat,
kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu
lekadengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri
pula yang terabai.




DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat
dengan mu. Kamu lebih selesadengan
kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu
adalah individu yang terlalu jujurdan lebih gemar
berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalammelaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannyadenga cara kamu sendiri.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel,
mudahbagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu. Kamu adalah individu yang
bijak bersosial. Namunada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar
memintabantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali
gusmemperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Kamu harus ingat bahawa, tidak
semuaperkarakitaboleh menyelesaikannya
secara bersendirian



DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah
keperibadian yang jelas terpancar dalam diri
individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB
ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain
dan ini menjadikan individu yang
berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki
sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa
bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri
kamu itu.Kamuperlulebih bijak dan berani untuk
membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu
sendiri.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails