Tuesday, September 13, 2011

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan,
setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana
CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi
sebenarnya `cabaran-dugaan hidup' yang lebih mencabar sedang
menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin
kebahagiaan seseorang.

Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula `cabaran-dugaan-masalah'.
Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua,
tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...

Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup
menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera
mereka hingga ke akhir hayat...Tidak kurang juga pasangan yang kecundang,
karam dan lemas...
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai Penasihat...
Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat
juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.
Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ` perkahwinan itu
sendiri' "mengambil masa" untuk `proses penyesuaian' antara lelaki
dan wanita.'Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita
katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka
sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..."
Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau
perkenalan...Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...

Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek...
Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Semuanya terletak kepada ANDA, `suami dan isteri', bagaimana
mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut?

Setiap pasangan meng'impi'kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau
impian mereka.Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...

Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng'angan'kan
suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan
lahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-
ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)

Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku berbisik
kepadanya,

"Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman
kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan
persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api
cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu..."

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...

Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, " Aku
mahu keluarga bahagia."

Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian,
rumahtangga bahagia `tidak ujud' hanya dengan kata-kata...
Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan...
Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu
(teori).Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!

"Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal"

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku
ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat,
keharmonian itu bermula dari rumah...
"Rumahku, Syurgaku."

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang
bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..

Ingatlah perpatah ini " LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS..."

Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih
boleh di tempa...Jangan kau jadi sekeras batu?kerana batu tidak mudah untuk
dibentuk...Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...

Kebanyakan lelaki dambakan wanita `cerdik'...
Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik
untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...
Cerdik mendidik anak-anak,
Cerdik dalam `argument' dan lojik?.
Jangan hanya jadi `pak turut'?

Wanita pula dambakan lelaki yang ` alert'...
Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...
Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...
Jangan biarkan masalah menjadi `api dalam sekam...'
Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat,
kerana `sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi
keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak
menyekutui Allah dan RasulNya...
Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan e***** menyusahkan
isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan
RasulNya...

`Beriman dan bertanggungjawab' memainkan peranan yang penting dalam
rumahtangga...Dan, jangan sesekali menuntut "suami" sahaja, atau "isteri"
sahaja memainkan peranan...
Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri."

Itu la taarif "perkongsian hidup"...Peranan kedua-dua.
"Kongsi kasihsayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang
berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama `suami dan
isteri...'

`Teori' jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...
TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB
masing-masing...(`menunjukkan' di sini bukan bermaksud untuk
dibangga-banggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang.Isteri
WAJIB beri peringatan...Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali
gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami...
Biar dia marah kita, katakan, `Allah lebih marah perbuatanmu...'
Dan, katakan `kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...'
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan
ber'terima kasih' kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia
berbantah...Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk
memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu
dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, e***** akan dipersoal
terhadap kepimpinanmu?"

Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan
mereka perlu "berganding bahu" dengan utuh untuk membentuk `keluarga
bahagia...'Jangan sesekali `suami' menunding kepada `isteri' atau `isteri'
menunding kepada `suami' bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian,
kerana jika salah seorang mereka `sedar' terjadi kelalaian tersebut, kenapa
tidak `diberi peringatan' kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...

Di sini ilmu amat penting...
Didik dengan lemah-lembut, tetapi `tegas' atau 'keraskan' suaramu
jika terdapat KEDEGILAN di situ...
Jangan biarkan `dia' mempermainkan perintah Allah SWT!

Alam perkahwinan itu `amat manis'...semanis berbulan madu, tetapi
menjadi `amat pahit'...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan
peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan
oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah
yang `perfect'...tetapi memadai, "tanggungjawab" kita tunaikan sebaik
mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...

Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan
HAK suami...

Dan pesanan terakhir, "Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum
berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak
merehatkan rohani dan jasmani?dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan
Allah...pasangan anda meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi
tekanan jiwa yang teruk pulak..."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails