Monday, September 26, 2011
Hi folks.Bagaimana keadaan anda diluar sana.tengah berseronok dan bergembira bersama kengkawan dan family?.Saya tengah berduka dan bersedih.Satu demi satu dugaan datang menimpa taktala ingin melangkah lebih jauh kehadapan.Sunyi.Selepas segala macam badai melanda.Ia tamat akhirnya dan both of us tiada keuntungan malah keperitan dalaman seperti tsunami dirasakan berlaku.
Dimana silap dan bagaimana kesilapan serta dugaan ini berlaku adalah sukar ditafsirkan.Mungkin kerana tiada keserasian,juga kefahaman yang sebelumnya masing-masing enak mengaku akan cuba faham dan berusaha agar masing-masing tidak jemu antara satu sama lain.Mungkin isu matang menjadi keutamaan kerna masing2 masih belum cukup lama berada di muka bumi,masih belum memahami rentak tarian cinta makhluk tuhan.Serta mungkin tidak yakin akan mampu bertahan lama.Sifat negatif ditambah dengan emosi ini membuatkan masing-masing cepat klimaks dan akhirnya.Mohon maaf antara satu sama lain dan berharap masing-masing bertemu yang lebih baik.Nasihat yang klise bukan??..
Hari-hari mendatang ni terpaksa ditempuh dengan kesunyian berbekalkan tanggungjawab sebagai pelajar dan pekerja dan pasti akan buat-buat sibuk sampai mata ini lelap sendirinya.Dalam hati dan jiwa ini..Kosong.Sungguh Kosong dan tiada apa pun yang berbekas.Hanya keinginan yang meluap-luap namun tidak mampu untuk meneruskan pencarian yang hanya nanti akan menambah kusut di minda.
Dan satu nasihat dari kawan aku,entah boleh pakai ke x.No woman no cry.?..Aku nak pakai ke x perkataan ini pun entah la.Kadang-kadang lelaki mesti ego dan cakap xdak perempuan pun xpa..Padahal dalam ati cemburu ja kengkawan keluar date dengan chikaro masing-masing.Kan?..
Namun,rasanya jodoh itu seperti sebuah kelahiran.Maksudnya,kita lahir ni dalam pelbagai cara kehidupan.Ada yang lahir dalam kehidupan yang senang dan ada yang lahir dalam kehidupan yang susah.Ya,jodoh seperti itu,ada yang mudah datang dan ada yang sangat susah untuk menghampiri kita.Kita kena berusaha mendapatkan jodoh dan ada yang tidak perlu berusaha,jodoh mai depan mata.teori janggal.Haha.
Redha.Tawakal dan berserah kepada takdir diri.ya,itu kata-kata seorang yang berputus asa.Dan aku rasa,aku dalam kategori putus asa.Usaha awal penat-penat..makin lama makin dirasakan semakin jauh perasaan ini,dan nah,rasakan akibat dari perasaan itu.Pasti menyesal.Namun,hidup mesti diteruskan bukan.Perjalanan ini masih jauh dirasakan,kalau kita jalan straigh tak da corner2 pun xbest juga kan.Anggap ni sebagai satu pengalaman ketika berjalan dalam kehidupan.
Bila masa terdetik pada hati nanti.Baru akan mula mencari jodoh dan pasti jodoh itu akan menjadi milik aku selama-lamanya.Insyaallah,kita berharap dan merancang,namun DIA yang lebih mengetahui mana yang lebih baik bagi diri kita.Pada masa sekarang.Saya sunyi dan sepi.Jiwa saya kosong.Apsal ulang nih..Nak bagitau,perit..walla..
Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih
Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih
Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…
wah wah..sedeyh nmpk..
biar betik ni..
klo btol hg sabaq la na :) hehe..
tu ja pon leh den kabo kek ekau