Wednesday, September 14, 2011

Salam 1 Malaysia,sempena musim kemerdekaan ni,semangat patriotik lebih sikit.Selama 54 tahun merdeka,alhamdulillah kita kena bersyukur atas nikmat Allah di atas muka bumi Malaysia yang indah permai ini.Semoga Malaysia maju dan terus maju kehadapan bagi membolehkan kita rakyatnya hidup aman damai dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.

Isu semasa adalah : Mat Indera,Cukai Topup (ditangguh) dan isu Sejarah Malaysia dipertikaikan.Namun bukan isu ni yang saya ingin kupas pada entri kali ni.Sama sekali jauh dari tajuk bukan?..Yang sebenarnya,saya ingin kupas berkenaan isu campur aduk kerja dengan soal peribadi..

Penat seh p umah kawan semata-mata nak update entri ni.Sebab aku rasa ianya sangat penting dan sementara benda ni masih lagi fresh,aku akan cuba menaip sepantas mungkin agar bait-bait ingatan tidak dapat berlegar keluar dari minda otak ini.Setiap kali hidup kita bergerak merentasi masa,pasti akan ada pengalaman baru yang kita peroleh.Xkira la sama ada pengalaman pahit atau buruk.Hari ini,pengalaman baru dan berguna.(aku pun kena tegur cara tersirat - Bukan salah aku la wey.Tapi terima dengan reda.Haha.Kita manusia ada khilaf)..

Okay,berbalik kepada isu utama,korang rasa adakah ianya adil andai kita memasukkan soal peribadi ke dalam kerjaya kita?..Bagi aku sangat tidak betul dan sangat salah.Kita dalam melaksanakan tugas dan amanah Allah ni kena jujur dan bertanggungjawab.Kena elakkan sifat iri hati,dengki,busuk perut dan mulut,menindas orang lain dan memburuk-burukkan orang lain.

Susah sangat ka kalau kita ni bersifat positif?..Orang lain lebih sikit kita kira nak cantas.Yang dok buat keja macam ni aku rasa tadak ilmu pasal bersyukur dan pemahaman mengenai rezeki yang Allah tentukan kepada setiap ummat-Nya.Dalam bekerja,kita jangan la buat keputusan yang penting atas soal peribadi.Kita baru lepas bergaduh dengan isteri semalam,pagi ni mai ofis,kena buat keputusan penting berhubung dengan soal masa depan orang lain,kita dalam nada marah kes isteri semalam,tidak langsung memikirkan dengan akal yang tenang,lalu merosakkan masa depan orang tersebut.Langsung menjatuhkan semangat dan psikologi orang tersebut dalam melaksanakan tugas seterusnya dan pasti akan menyebabkan orang tersebut berhenti kerja andai luntur semangat dan maruahnya.

Itu adalah contoh sahaja.Biar saya jelaskan lebih lanjut lagi dalam bentu point yang mudah faham yer..

1) Sebagai ketua yang diberi amanah,laksanakan dengan penuh dedikasi dan penuh keadilan

2) Jangan memasukkan emosi melibatkan peribadi pada jam 8 hingga 5 petang..Lepas tu boleh lah.

3) Manusia ni xpenah cukup dalam hidup.

4) Bersyukur dengan rezeki dan penetepan takdir yang Maha Esa.

5) Bekerja kerana tugas,kerana Allah.jangan niat menyimpang untuk kaut duit saja tapi kerja xdak peningkatan

6) Setiap manusia tu telah diberi kelebihan dan kekurangan.Kita jangan menghina kekurangan seseorang sebab kita bukannya lebih sangat.Malah mungkin lebih teruk dari orang yang kita pertikaikan

7) Adil dan Saksama dalam kerja

8) Aku lapar dan mengidam GCB.Titik.

Apa pun,kalau dah bekerja nanti,jangan campur adukkan soal peribadi dan kerjaya.Ianya akan merugikan diri kita dan juga orang lain.Jangan emosi.Berfikir dengan akal yang cantik dan penuh beretika supaya tidak dipertikai dan diperlekeh oleh orang lain.

Last,saya rasa dalam dunia ni ramai talam dua muka.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails