Monday, November 7, 2011
at
1:28 AM
Labels:
beraya di kampung,
cuti,
cuti habis,
hari raya haji,
kampung,
korban
Cuti Itu Membawa Kesunyian
Hilang Rasa Pekitan Kota
Hilang Punca Sesakan Mata
Manusia Berkejar Mencari Kedamaian Hati Mungkin
Membuang Segala Lelah Di Minda dan Jiwa
Menyusuri Kicau Damai Burung Di Kampung Halaman
Menukar Duka Tugasan Kota Kepada Gembira Aktiviti Desa
Mengubah Bising Menjadi Aman.
Dunia Kadang Terhenti Seketika.Merehatkan Dari Melayan Kerenah Makhluknya
Mencari Sesuatu Yang Tiada Penghujung.
Manusia Itu Penuh Alpa dan Tamak Hal Dunia.
Sunyi Kota Akan Meruntun Kembali
Hati dan Minda Siap Siaga
Memohon Ampun Kampung Halaman
Meninggalkan Jauh Dari Pandangan
Kembali Menyesakkan Kota
Tanpa Menghiraukan Dinihari Atau Malam Hari.
Selamat Tinggal Desa.
Moga Kesunyian Ini Menjemput Kembali
Kami Menunggu Dengan Tadahan Tangan Berdoa
Agar Datang Lagi Cuti Yang Membawa Kesunyian Ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bestnya cuti. kan? heheh...