Sunday, September 30, 2012

Salam Sejahtera serta selamat mengukir senyuman kepada penjawat awam serta golongan muda selepas
pembentangan bajet belanjawan 2013 petang kelmarin.

Diharapkan dengan perancangan bajet negara kita dapat mengurangkan jumlah defisit seperti anggaran.


Ok sebab tajuk bukan main penuh bermakna lagi,takkan nak bercerita mengenai bajet pula kan.

Balik kepada tajuk entri,ayat ini dicipta selepas berborak dengan rakan saya pada 2 jam yang lepas di sebuah warung tepi jalanraya di pekan.

Berbincang dan berbicara mengenai ramai rakan kami yang telah dan bakal mengikat tali pertunangan bersama dengan orang yang itakdirkan untuk hidup bersama mereka ke akhir hayat,insyaallah,Maka keluarlah satu cerita yang benar berlaku terhadap seorang rakan wanita kami.

umur sebaya dan tamat pengajian sarjana muda beliau pada tahun lepas.biarlah beliau dinamakan sebagai Nur Syafina Zulaikha,atau ringkasnya biarlah sebagai ika sahaja.Sedap nama samaran pun.

Beliau ketika bersekolah adalah menjadi pujaan beberapa jejaka yang lagak mereka mesti 'mat bunga'.Maklumlah budak budak baru nak naik biasa di setiap sekolah akan ada,cuma saya tidak reti dan tidak tahu nak bergaya seperti mereka.

Ika tamat pengajian hingga tingkatan enam,kemudian sambung ijazah dan seterusnya bekerja di pekan yang masih menjadi hometown kami bersama.Tiada rezeki lagi untuk berhijrah mungkin.Namun usaha tetap diteruskan untuk menjadikan diri kami semua satu langkah ke hadapan dari sekarang ini.Insyaallah.

Ika mengikat tali pertunangan ketika beliau hampir tamat pengajian ijazah.Alhamdulillah,tunangan adalah orang yang berdekatan dengan beliau,berbeza mungkin jarak yang tidak jauh sahaja.Khabarnya mereka berkawan lama.

Perwatakan Ika adalah seperti lakaran wanita di dalam iluvislam,panduanislam dan sebagainya lagi.RIngkasnya beliau adalah dambaan kepada makcik pakcik di kampung untuk menjadikan beliau sebagai menantu atau sebagai madu makcik di kampung.

Percakapan tutur bicaranya sangat disusun rapi serta berbudi bahasa dan sifat ramah yang tinggi.Bisa cair setiap jejaka yang melihat serta bersembang dengannya.

Ujian dugaan menimpa hubungan pertunangan mereka,si tunang ditangkap atas kesalahan terlibat dalam satu kes bunuh.

Dipenjarakan sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung.Luluh hati si Ika,Menitis air mata taktala menerima dugaan yang sangat berat untuk dihadapi ini.

Beliau tabah dan redha serta masih setia walaupun tunangnya sedang bertarung dengan kebenaran di penjara dan mahkamah.

Hinaan,cacian serta perlian orang sekeliling dijamahnya hingga ke dasar hati.redha dan sabar.

Masa lapang beliau pada cuti,akan digunakan untuk melawat tunang tersayang.Masih tidak berubah hatinya.

Ramai jejaka yang merisik,namun pulang hampa,hingga cercaan yang timbul kepada beliau dan tunang.

Dalam masa itu,timbul seorang lelaki,berumur lingkungan 30 tahun,bersimpati dengan Ika,Ika keseorangan dalam menghadapi dunia luar,sedangkan tunangnya masih belum pasti jalan keluarnya.

Terumbang ambing Ika dalam meneruskan hidup seorang yang dijangkanya mungkin sementara,masa telah menjadi rahsia untuk tunangkan bebas.

Si Lelaki yang baik hati bersimpati ini adalah suami orang,bekerja di tempat yang sama.Ayatnya memukau Ika untuk berkawan dan meluahkan segala masalah yang menimpa beliau.Si lelaki ini menjadi rakan yang sangat mesra.

Dalam masa yang sama,Ika masih meneruskan pertunangan dan melawat seperti biasa tunangnya itu.

Dan masa yang sama juga,Ika semakin utuh dalam hubungan dengan si lelaki itu..Semakin hari semakin rapat.

Dari hanya membeli nasi bungkus,sarapan berubah kepada membawa keluar makan tengahari,minum petang.

Segalanya bersama.Hingga mengiringi pulang ke rumah selepas waktu bekerja tamat.

Hingga satu ketika,jatuh fitnah terhadap mereka berdua,kebenaran tidak pasti namun banyak mata telah menyaksi.

Ika dan si lelaki ini dilihat skandal yang penuh misteri.Terlalu rapat hingga seakan akan tiada rasa berdosa dalam perhubungan yang haram ini.si tunang tidak tahu apa apa di dalam tirai besi disana.

Ika dan lelaki ini semakin galak buas dan menjadi jadi dek kerna tiada yang dipedulikan mereka lagi.

Nasihat rakan rakan diendahkan,asal hati senang,jiwa dibelai itu sudah mencukupi untuk di yang masih muda ini.

Selepas sekian lama,tunangnya dibebaskan,

Ika mengurangkan aktiviti keluar,makan bersama dan sebagainya lagi dengan si lelaki ini,tapi entah berapa lama mampu bertahan

Beliau kembali ke sisi tunang,meneruskan hidup bersama,

Dan mungkin akan berkahwin hujung tahun ini.

Namun si lelaki masih bekerja di tempat yang sama dengan Ika lagi.Susah hendak tinggalkan rasa sayang yang ada...

Adakah mampu Ika berubah????

Adakah pembalasan akan berlaku selepas akad nikah Ika dengan tunangnya?...

Adakah Ika akan menceritakan segala-galanya kepada bakal suaminya sebelum pernikahan berlaku??

Adakah si lelaki ini akan menjauhkan diri dari Ika????..

 

Timbul berbagai persoalan..nantikan kesinambungan cerita ini...sekian.


Salam,

01:38 pagi

30 sept 2012

1 comments:

  1. lamenyerr nak smbg episod kedua nie......homaiiiii..haha

Related Posts with Thumbnails