Monday, November 5, 2012

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia,
Salam Kegemilangan


Selamat maju jaya kepada semua saudara/saudari yang sedang menghadapi peperiksaan SPM 2012 bermula pada pagi ini.

 Semoga usaha saudara/saudari dipermudahkan olehNya dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk memperoleh kejayaan pada masa depan.

Insyaallah segala usaha saudara/saudari susuli pula dengan tawakal selepas segala-galanya saudara/saudari puas berusaha sehingga ke saat terakhir ini.


ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi ALLAH berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah yang ALLAH sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. 
Pasti ALLAH 
telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang 
berlaku ada hikmahnya.

Selamat Berjaya.SPM ini adalah permulaan sebuah masa depan.Yakin dengan setiap ketetapan yang telah ditentukan kerana segala-galanya punya hikmah.

RK: Doa ibu bapa dan guru anda sangat mustajab!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails