Wednesday, September 14, 2011

at 9:35 PM

Suatu petang yg suhu nye suam2 kuku,, di sebuah
'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan
di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan
seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan
mata yang tak berkelip-kelip.

Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan
ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia
perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga
memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun
buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas
mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki
muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar
barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan
tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di
depannya.

"maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik
minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan
pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah
anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal
bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu
barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje
memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak
tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki
muda itu.

"Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak
tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik
dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap
'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak
dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam
tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu.
Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke
dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar
dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu. Lelaki
muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung
"Babai, mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari
pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun
bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier
supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar
kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang
sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?"
tanya lelaki itu.

"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia
sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....




Moral of the story : Jangan terlalu percaya kat orang
yang hangpa tak kenai!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails