Wednesday, September 14, 2011

Setiap perkahwinan akan berada dalam salah salah satu daripada dua situasi;
sentiasa mengarah pada kebahagiaan atau sentiasa mengarah pada penderitaan.
Jarang yang berada di tengah-tengah; bahagia tidak, derita pun tidak.
Selalunya ia akan memberat kepada salah satu.

Perkahwinan yang dimulakan tanpa persediaan yang mencukupi tidak mustahil
akan sentiasa menuju ke arah penderitaan manakala perkahwinan yang sempurna
persediaannya tidak mustahil menuju ke arah kebahagiaan. Apakah
bentuk-bentuk kebahagiaan yang dimaksudkan?

1. Bahagia apabila berpandukan agama

Bahagia, melalui suluhan agama bermaksud kehidupan yang didasarkan pada
kehendak ALLAH sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi dan Rasul-NYA. Mungkin
tidak semuanya mampu kita lakukan tetapi sekurang-kurangnya kita
bercita-cita untuk menjadikan Islam itu sebagai cara hidup kita dan berusaha
ke arah itu. Bahagia dalam suluhan agama tentunya membuahkan hasil cemerlang
untuk dunia dan akhirat.

2. Berilmu

Hendak melakukan apa pun, kita perlu berilmu. Ilmu membezakan kualiti hasil
kerja seseorang dengan seseorang yang lain. Melayari rumah tangga ibarat
mengemudi sebuah bahtera. Tanpa ilmu mustahil rumah tangga dapat distabilkan
apabila cabaran datang sebagaimana mustahil menyelamatkan bahtera daripada
tenggelam jika ilmu tentang pelayaran tidak mencukupi.

Ilmu melayari rumah tangga meliputi segalanya – psikologi, agama, ekonomi,
politik, sosial dan lain-lain.

3. Berbekalkan kasih sayang

Bukan semua perkahwinan bermula dari kasih sayang. Sesetengah perkahwinan
bermatlamatkan perniagaan, politik-politik tertentu bahkan ada yang memang
berteraskan niat-niat jahat. Kebahagiaan memang tidak akan ditempuh dalam
satu-satu perkahwinan yang tidak ditolak oleh kasih sayang. Oleh yang
demikian, ikhlaslah dalam berkasih sayang.

4. Jujur

Banyak perkahwinan runtuh akibat kejujuran yang terhakis. Kejujuran
datangnya dari hati yang ikhlas. Tanpa keikhlasan,kejujuran sukar dibentuk.
Jujurlah menyayangi pasangan anda kerana kejujuran ibarat pelekat pada dua
keping kertas yang asalnya terpisah.

5. Membasmi perhubungan silam

Masih ada kenangan-kenangan lama? Hapuskan segera dan tumpukan perhatian
anda pada pasangan anda sekarang. Mungkin anda tidak akan mampu menghapuskan
kesemuanya, layanilah seadanya. Selagi ia tidak mengabaikan perhatian serta
tanggungjawab anda, ia masih dikira munasabah tetapi andainya ia membuatkan
anda lupa kewajipan yang sedang dipikul, maka anda amat bersalah.

6. Cinta seadanya

Cintailah pasangan anda itu seadanya. Jangan terlalu menyintai takut-takut
anda tidak redha dengan ketentuan ILAHI andai ditakdirkan dia pergi dulu.
Takut-takut anda terlalu membencinya jika perpisahan terjadi menyebabkan
anda bertindak sesuatu di luar batasan.

7. Menjaga lidah

Lidahlah yang membuka pintu Syurga dan dengan lidah jugalah terbuka pintu
neraka. Rumah tangga turut menjadi neraka apabila lidah disalah guna.
Gerakkan lidah untuk memuji pasangan. Selongkarlah kehebatannya dan
perkatakan selalu, jangan asyik membangkitkan kelemahannya, kelak dia benci
dan marah.

8. Kewangan yang stabil

Kehidupan mutakhir ini memerlukan kewangan yang kukuh untuk menikmati segala
kemudahan yang ditawarkan. Anda perlu berusaha kuat untuk memastikan
keluarga yang anda bentuk tidak goyah oleh faktor ekonomi. Ia satu perkara
yang sangat perlu anda berikan perhatian.

9. Kesediaan mutlak

Sebaik sahaja anda melangkahkan kaki ke alam perkahwinan, anda perlu sedar
dengan semua risiko yang bakal dihadapi. Kesemuanya menjadi mudah jika anda
telah benar-benar bersedia untuk mengongsikan hidup anda dengan seseorang
yang sebelum ini asing bagi anda. Kesediaan anda perlu mutlak.

10. Tiada imaginasi liar

Nikmati hidup ini dengan imaginasi indah mengikut ketentuan ILAHI. Semua
gangguan yang datang jangan disambut dengan imaginasi liar, kelak ia akan
merosakkan hidup anda, seterusnya meruntuhkan rumah tangga anda.

*** Pedoman Untuk Kaum Hawa ***

Ini khas untuk wanita especially yang bergelar isteri supaya tahu
kelemahan-kelemahan kita dan agar suami kita tambah sayang kat kita...
Kadang-kadang banyak kelakuan dan sikap kita ni mereka tidak suka. Tapi tak
semua lelaki boleh berterus terang perihal apa yang mereka tidak sukai. So,
di sini kita dapat tahu apa yang mereka rasa tidak suka dengan sikap kaum
wanita.

1. Berpura-pura Merajuk

Ada sesetengah lelaki yang tidak prihatin akan persoalan ini kerana masih
banyak lagi hal yang perlu mereka fikirkan. Misalnya soal kerja, kewangan,
anak-anak dan juga pelbagai masalah yang timbul. Kalau ada yang sengaja
merajuk semata-mata mahu menarik perhatian suami, lupakan saja kerana memang
wujud wanita sebegini untuk mengambil kesempatan. Banyak lagi benda yang
harus kita rajukkan dan banyak lagi hal penting yang harus kita utamakan
daripada bersikap remeh temeh.

2.Berpura-pura tak mampu menyelesaikan masalah

Biasanya wanita melakukan ini untuk menarik perhatian suami/pasangan. Mereka
sengaja bersikap 'bodoh' atau bertindak hipokrit semata-mata mengharapkan
lelaki menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara remeh temeh. Seperti
keliru memilih makanan yang disukai suami atau cara memasaknya (sedangkan
tahu apa citarasa suami) dan sebagainya. Seperti juga meminta tolong
membuatkan sesuatu sedangkan dia mampu untuk melakukannya sendiri.

Oleh itu agar suami/pasangan tidak bosan dengan kerenah kita, belajarlah
berdikari. Sekurang-kurangnya kita tidak terlalu bergantung padanya. Dan
kita perlu memikirkan tak selamanya dia boleh berada di sisi kita...

Tetapi jangan sampai mereka mengambil kesempatan melihat wanita berdikari,
itulah gunanya tindakan yang matang seperti yang dinyatakan di bawah.

3. Tidak matang dalam berfikir

Perlu kita ingat, lelaki suka wanita yang matang. Bukan matang buat-buat,
dengan gaya lemah lembut seorang gadis ayu kononnya. Bukan ini yang
dimaksudkan. Maknanya wanita yang mampu berfikir apa yang patut mereka
fikirkan. Serta mampu memberi pendapat dalam apa jua kegemaran suami.
Seperti berbicara soal sukan, ekonomi, masalah negara, saham dan banyak
lagi.

Suami tidak akan melihat kita jauh ketinggalan dan tidak matang serta tidak
'seregu' dengan mereka dalam segala aspek. Kita perlu menjadi seorang yang
matang dan bijak mengambil hatinya. Ingat, kita perlu pandai dan matang
menentukan corak hidupnya.

4. Bercakap dengan nada mengada-ngada

Ada juga yang suka membuat perihal begini. Cubalah ubah sikap sebegini
kerana lelaki akan mudah bosan dengan perangai sebegini. Berdirilah sebagai
diri sendiri.

Sebagai rumusannya, jika kita punya sikap di atas, suami akan menganggap
kita terlalu keanak-anakan dan tidak matang dalam segala aspek. Ia boleh
memberi impak negatif terhadap perhubungan. Kita juga akan dilihat tidak
tahu menghargai diri sendiri dan tidak tahu membuat sebarang keputusan
kerana terlalu bergantung kepada orang lain. Perlu di ingatkan selalu, sikap
itu mencerminkan diri kita sendiri.

*** ROMANTIKNYA RASULULLAH SAW BERSAMA ISTERI-ISTERINYA ***

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami
lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil
marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIKNYA RASULULLAH SAW bersama
isteri-isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan
sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.Disebutkan satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu
bertanya;

"siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata,

"Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah saw telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan
supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari
mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu
menjawab

"Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".
Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka
sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat
suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar
melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam
rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan
mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian)
untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani
dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman
selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan
setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami
anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga
kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

*** WASIAT RASULULLAH S.A.W ***

Imam Ahmad telah meriwayatkan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada
Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda:

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh
ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua
kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan
tujuh puluh (70) jenis kefaQiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t.
menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala
pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu
dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak
selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4) jenis makanan
ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam"

Saidina Ali k.w bertanya :

"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :

"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar
di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat
anak."

Saidina Ali k.w bertanya lagi :

"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa
minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :

"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan
bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid
itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari
pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di
hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah
mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zohor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana
jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka
kepada manusia yang bermata juling."

4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sungguhnya mewarisi buta - iaitu
anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi
pondan yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api
(bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu
tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat ke atas syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah
dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri,
maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan keldai, jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing
di tempat tidur seperti keldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Fitri
(Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya
kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut,
apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia
akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya
matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali
kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faQir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon
kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat
atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara
azan dan iQomah, jika berjima' pada waktu demikian,sesungguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjad seorang yang menumpahkan
darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil
kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan
(Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan mempunyai tanda yang
jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan
(yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi
seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada
tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiQ, pelampau yang
melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta
kepada yang tidak HaQ," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : "Innal
Mubazziriina kaanu - ikhwa Nas - Syayaathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam,
maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi
seorang tukang sihir, songlap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."

ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah:
"Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani."

Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak,
tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. kurniakan kepada kamu berdua anak, ia
akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan
redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan Qadar
Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa,
Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati
Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada
ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)
bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan
hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau
seorang yang alim, di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari
ditengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang
yang faQih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan
dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan
nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat,
selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,
masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi
seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI
JIBRIL A.S."

Wallahu A'lam.....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails