Saturday, September 17, 2011

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak
untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas
membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen
tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan
memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu
masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran
menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan
kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi
atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam
kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan
mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan
tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan
teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia
telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi
dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis.
Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya
terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu
dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan
geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik
bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak
perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala
sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu
malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik
mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta
kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke
dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata
ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota
badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan
kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran
anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam


Sent by Maxis from my BlackBerry(r) smartphone

0 comments:

Related Posts with Thumbnails