Monday, September 19, 2011

at 5:14 PM

Setelah kau pergi,
Hati ini dirundung sepi,
Setelah kau pergi,
Diri ini cuba menginsafi,
Setelah kau pergi,
jiwa dan diri ini sangat benar merindui,

Kosong dan sama seperti yang berlalu sebelumnya,
diri ini masih belum utuh menghargai kau,
diri ini masih menganggap kau adalah sama seperti yang lain,
tegar meneruskan kehidupan yang sama,

Setelah kau pergi,
baru hati ini mula sayu,
mula jiwa ini menitiskan penyesalan,
betapa ruginya apabila hanya sedar setelah kau pergi,

andai dapat diputarkan masa,
ingin sekali menghargai,memenuhi setiap kehadiran kau,
andai kau masih ada,sangat inginkan kepuasan tidak terhingga,
kini,luruh perasaan ini,
kosong jasad ini berjalan merentasi sengketa waktu,

Ku masih merindui engkau,
ku harap kau sanggup menunggu aku lagi dihadapan,
andai ku diberi peluang bertemu engkau,
pasti tidak ingin mempersiakan,
pasti tidak mahu melepaskan sebegitu,

kerana ku tahu ianya perit,
ianya masih membekas dilunak diri ini,
ku mohon agar doaku diperkenankan,
ku masih merindui mu walaupun kau semakin jauh pergi.

Ku ucapkan selamat tinggal..
Moga ketemu lagi..
Moga kau menanti aku lagi...


Ya RAMADHAN.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails