Tuesday, September 6, 2011

Salam Sejahtera.Tajuk besar adalah RAHSIA.Hari ini aku terlibat dalam rahsia dan bagi aku rahsia ini mengikut keperluan untuk dikongsi andai ianya dapat memberi keadilan dan kesaksamaan kepada semua orang.

Bagaimana anda rasa jika disuruh diamkan perkara yang baik namun ada yang perlu tahu tentang perkara tersebut bagi mengelakkan terjadinya ketidakadilan dan perjalanan kehidupan seorang insan dan amnya secara kekeluargaan dan pekerjaan.

Sebenarnya sukar bagi membuat pilihan,namun entah dimana silapnya,dalam kerahsiaan dan diminta off record,terbocor jugak ditengah jalan kerna insan yang kurang memahami aku andainya tentang maksud sebenar kerahsiaan itu.Elok didiamkan dan kita cari keadilan kepada semua dengan cara yang lain.

Siapa kita nak salahkan.Entah.Diam..Cuma ingin mengeluarkan pendapat peribadi yang masih bertatih dalam perjalanan karier sambil belajar berjalan secara cepat ini,dirasakan bahawa kita ni dalam pekerjaan apa pun,kalau namanya tugasan kita,mengapa kita mengharapkan sesuatu balasan yang lain sekiranya kita dibayar?..Jangan menuding jari kepada orang lain pula andai kita sedang melakukan kesilapan.Itu silap okay.

Kita masing-masing punya tugas dan kerja,jadi kalau itu kewajipan kita dan kita dibayar gaji,wajib kan kita melaksanakan tugas tersebut?.Syukur andai diberi sedikit ganjaran,namun mengapa ingin diamkan ganjaran tersebut.Biarlah ianya diketahui dan biar rakan kita menilai kita.

Baru kita akan tahu nilai kerja dan dimana kita sebenarnya,Jangan berada dalam imaginasi sendiri ketika melaksanakan tugas.Bukan aku tidak tahu menjaga rahsia,namun kadang kita memerlukan keputusan sendiri bagi menentukan ianya perlu diberitahu kepada yang sepatutnya atau pun tidak.

Biarlah kita ni makan gaji atas kerja yang kita laksanakan dan kita rasa kita memang patut dibayar gaji selayaknya.Bukan kerja kita yang diberi gaji dan kita mengharapkan ganjaran tambahan.Kita buat biar ikhlas dan ganjaran dari-Nya lebih indah dan berkat.

Tapi rasa dalam diri ni macam bersalah pulak,gagal menyimpan rahsia,tapi apakan daya,setakat keluarga kita yang kecil ni,lambat laun akan dihebahkan juga dari belakang.Lebih baik kita buat kerja kita,jangan ganggu kerja orang lain dan teruskan dengan hidup kita sendiri.Itu mungkin akan membuatkan kita dalam keadaan selamat dari ulasan buruk sapa pun.

Kita dalam mencari salah orang memang mudah,dan kita kalau mencari keburukan orang memang cepat.Namun tidakkah kita ni sedar,mengaibkan orang itu sangat hina disisi-Nya.Bandingkan kita dengan sesiapa pun sebelum kita hendak mengata atau menilai seseorang.Andai kita ni bagus dan hebat,layak la kita tegur dalam keadaan yang baik.Bukan mengata di belakang.Andai kita ni pun sama ja dengan rakan yang buat salah tu,baik kita mula untuk insaf dan kembali semula seperti awal-awal memasuki pekerjaan dulu.Rajin yang amat sangat,Pantang disuruh cepat ja buat.mengapa tidak dikekalkan keadaan itu hingga sekarang?..Saya tinggalkan persoalan bagi anda menjawabnya sendiri.

"Biarlah kita hidup secara sederhana dengan rezeki yang diberikan".Panjatkan kesyukuran atas limpah kurnia yang diberikan kepada kita selama ini.Ikhlas dan Amanah dalam pekerjaan yang dilakukan.

Selamat Malam Dunia.Salam


0 comments:

Related Posts with Thumbnails