Sunday, September 4, 2011

As-salam semua,diharapkan agar kalian berada dalam kesenangan hidup sambil menjamah kuih raya yang masih belum habis lagi rasanya..Aidilfitri pada tahun ni cukup meriah dalam cuaca yang nyaman sekali walaupun 2,3 hari sebelum raya,hujan macam mau banjir di kawasan saya.

Pada waktu penulisan ini dilakukan,saya masih lagi bercuti.Ahad,saja nak rasa cuti macam kengkawan kt penang n KL..Serius xbest ari ahad.Haha.Sini saya suka untuk listkan aktiviti Aidilfitri cara Farizan Salleh..Check it out >>

1)Saya sudah bercuti seawal hari Isnin,ramai orang cuti Ahad kan,tapi sebab ada komitmen dengan kerja di mana Majlis Persaraan,Anugerah dan Majlis Berbuka Puasa anjuran ofis diadakan pada hari tersebut,maka tidak bercuti lah,walaupun pada awalnya mau bercuti.

2) Rakan sebelah rumah telah mengorganisekan bbq yakni acara bakar ayam dan sosej..Isnin malam Raya diadakan..Best dan gempak..Dan saat jam pukul 12 tgh malam,aku n lagi dua orang kuar p merayau jitra,tengok suasana jualan kuih muih..serius penuh sesak dan jammed.setahun sekali jadi macam tu kt jitra..Beli kek dan dodol..balik umah kul 2 pagi.

3) Pagi Syawal,bangun awal,mandi n pakai baju melayu taun lepas,yang telah diironkan oleh bukan saya.haha.Pegi semayang raya,lepas tu dengar khutbah,syahdu bercakap pasal kerjasama,besederhana,merangkumi keseluruhan aspek..mohon maaf dan sebagainya lagi,padat dan lengkap..Khatib sebak ketika di akhir khutbah,teringat arwah ayahnya mungkin.

4)Selesai,semasa kuar masjid,sempat bermaafan sesama rakan dan orang kampung.Balik rumah,salam sana dan sini mohon maaf,makan kuih,teguk air..Kuar ke rumah sebelah.Wajib,hidangan adalah bihun sup..Makan dan lepak..

5) Rumah seterusnya,makan mee kuah..ayam piru lagi.Best dan blurkk.kenyang.Selesai sambil main ps2..Pastu balik umah,baru makan nasi tomato di umah sndiri,kawan sorang dua mai..

6) Malam kuar lepak umah kawan dan balik tido dalam kul 2,3 pagi..Seterusnya hingga kawan abis cuti.

7) Keluar beraya di kawasan changlun,ada la dalam 2,3 buah umah.Sembang lama pasal lama xjumpa..

8) Makan kuih makan kuih,p bbq umah member dan selamat tinggal pada keluarga yang telah pulang ke rumah masing-masing sebab cuti sudah abis..Dan umah mula jadi sunyi sepi..Maklumla ada aku,abang,mak n ayah saja.

9) Anda bagaimana beraya?..Seronok x..Alhamdulillah taun ni dapat menahan lapar dan dahaga selama 30 hari,Tarawih xcukup..

Apa pun,itu hanya rentetan diari saya sempena Aidilfitri tahun 2011..makin lama rasa kurang meriah.Mungkin kena kahwin dan ada anak baru kembali rasa..Oh ya lupa update..Saya main mercun jugak dan sediakan duit raya untuk anak buah dan kanak-kanak..haha

Ok,cukup..Selamat Hari Raya Aidilfitri,sekali lagi Maaf Zahir dan Batin..Syukur,bulan ni genap dua tahun perkhidmatan saya dalam kerajaan.Moga akan terus diberkati dan diharap dapat bekerja dengan lebih tekun lagi..

Jumpa lagi di entri mendatang..Ramai yang demam pada hari raya hari tu..Cuaca mungkin..Salam Hormat.. :P





0 comments:

Related Posts with Thumbnails