Monday, October 3, 2011
Hi dan salam semua.Malaysia sekarang ni tengah panas dan bergolak sakan.seakan kecoh seperti di Somalia,seperti halilintar membelah bumi,seakan taufan melanda lautan.Itu ibarat kepada pergolakan yang berlaku bagi memanaskan PRU 13 akan datang.Seperti tahun-tahun yang lepas.Akan muncul pelbagai isu baru bagi merancakkan pemilihan parti untuk memimpin Malaysia
Yang pastinya,kadang-kadang isu yang remeh pun dibangkitkan dan isu yang penting disorok seperti kenaikan pelbagai jenis barang keperluan harian,Kalau korang rajin masuk supermarket,akan perasan benda ni.Namun mana ada disiarkan di dada-dada akhbar kita.Yang ada kes rogol,liwat,khalwat.RUntuh akhlak makin menjadi-jadi.
Ok.Selepas berbincang di meja bulat sebuah warung tadi.Kami sepakat membincangkan segala isu yang dibangkitkan oleh pembangkang serte peneraju.Kami di tengah tidak memihak kepada sesiapa pun.Yang mana benar,kami sokong,yang salah,kami bangkang.Jiwa kami,jiwa anak muda,tidak mudah diperkotak katikkan.Tidak mudah dibohong dengan segala macam cerita.Kami berfikir dan kami meneliti setiap perkara yang berlaku sebelum ditafsirkan.Walau kami bukan professional,namun sebagai rakyat,ada hak bersuara.
List dibawah adalah isu semasa yang berbangkit,dibangkit dan diceritakan sepanjang keadaan semasa ini.Mungkin berterusan hingga PRU 13 dan senyap sepi selepas kemenangan parti tertentu.Sukar dijangka.Pangkah tetap pangkah.
1) Sejarah Malaysia,Mat Indera.Penjajahan British di Tanahair.
Pendapat kami,sebulat suara menyangkal segala hujah anda semua.Bagi kami,ianya telah menjadi sejarah,dan kita semua belajar sejarah di sekolah dari rendah ke menengah.Kita semua sepakat setuju,ia sejarah dan benar kita merdeka.Jangan penuh persoalan mempertikaikan ia.Betul kami bukan kaki buku sejarah.Tapi jangan menyangkal bagi kepentingan anda sendiri.Tiada sejarah,tiada kita.
2) Isu berkenaan perpecahan parti di dalam parti.
Kenkadang isu ini dipanaskan oleh media massa.Baca yang tu lain cerita,baca yang ni lain cerita.Abis mana satu rakyat Malaysia nak fokus?..Masing-masing ada kepentingan sendiri dan masing-masing nak menarik pembaca.Kita rakyat ni kadang tu sentiasa kena tipu oleh media.Sebab kita tak tau yang mana satu benar berita.kena layan cnn,al jazera plak kot.
3) Penghapusan ISA
Isu ni bagi timbul gelak besar.51 tahun kalau x silap undang-undang ini digunapakai oleh kita.Masa dok tengah buat akta ni,semua pakat dok bersetuju.Bila dan hapus,semua pakat tukar fakta masing-masing..Jadi bersetuju plak.Korang di mana sebenarnya?..Adakah hanya untuk membodek.Semua pemimpin buat,semua korang kata betul.Mana pendirian korang?..
4) Hukum Hudud
Hukum ni Allah yang buat.Jadi kami merasakan bahawa DIA lebih mengetahui mengenai hukum ini,Allah itu maha adil bukan.Kita nak bangkang buat apa.Benda ni adalah Hukum.Xkan kita nak menentang Hukum Allah?..Kita belum laksana,dah timbul macam-macam persepsi negatif.Kata tidak adil.Ok kalau laksana,orang xtakut ka dengan hukuman yang sangat berat tu?..Rasanya semua terkencing kalau nak buat salah bila sorang dh kena hukum rejam..Bukan?..Mesti orang lain fikir 40juta kali sampai terkencing sebelum buat salah,maksiat tu.
5) Gaji Kerajaan
Kami mengharapkan sesuatu yang terbaik pada Bajet yang dibentangkan pada Jumaat nanti.Dengar macam-macam ura-ura yang keluar.Mana satu yang pasti,tiada langsung.Namun dengan keadaan ekonomi sekarang ni,segala macam naik.Kami merasakan agar kenaikan gaji dilakukan.Supaya ada aliran kewangan berlaku lebih tinggi bagi meningkatkan ekonomi.Kalau kerajaan dok simpan ja xguna kalau tiada aliran keluar dan masuk..
Itu saja setakat malam ni.Mungkin meja bulat akan bersidang lagi esok malam.Kami akan update.Selesai dan saya mahu mengkaji sejarah Malaysia.Sebab subjek semester ni adalah pengajian Malaysia.Pandai yang buat soalah assignment pun.Tajuk adalah berkenaan hubungan sesama bangsa..
Selamat malam.Salam..Gambar Tun ketika memberi bicara di Jitra,Ahad lepas.Penuh maksud yang mendalam.Yang pasti,kita kena Bersyukur.Bye..
0 comments:
Post a Comment