Tuesday, October 4, 2011

Salam dan selamat pagi,suasana pagi ni cukup indah dengan keadaan muram muka bumi disebabkan hujan turun secara renyai-renyai.Semoga berjaya diucapkan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaaan PMR,tengok tadi semua pakat bersemangat berada disisi dewan.Mungkin semua sedang mengharapkan soalan target akan masuk.Teringat pulak masa nak amik exam PMR dulu.Semua pakat dok asrama,bergerak secara berkumpulan dengan nota di tangan ke dewan exam.

Bukan exam yang ingin diceritakan.Namun,kejadian malam tadi.Keadaan batuk aku yang telah hampir 2 minggu akhirnya mengeluarkan titik maksud kena p klinik malam semalam.Aku memuntahkan hampir keseluruhan sisa makanan yang berada di dalam perut.Dengan batuk yang teruk ditambah dengan sakit dada setiap kali batukan,pasti kena p check dengan doktor dan ambil ubat.Sebelum ni dok berharap pada ubat batuk yang dibeli di farmasi.Tapi hasil tiada.

Pagi ni pun masih lagi terasa sakit sangat tekak dan kerongkong.Batuk jangan kata la,setiap kali batuk,akan rasa macam nak muntah.Juga sakit dada.Macam mau mc ja.Namun petang ni ada mesyuarat pulak di SUK.Berharap kesihatan akan bertambah baik.Insyaallah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails