Tuesday, October 4, 2011
at
6:45 PM
Salam semua,
Dek kerana muntah semalam.Aku rasa kesesakan nafas dan keterukan batuk ini tidak boleh dibiarkan dan bergantung harap hanya pada ubat farmasi sahaja.Jesteru,lepas balik keja tadi,terus bergerak ke klinik keluarga..Cerita punya cerita,check punya check..Doktor cakap,gejala bronkitis..Aku bukan perokok,namun dikelilingi perokok.Oleh itu,salah kengkawan aku la ni.Haha..Nah,bawah ni aku cari pasal penyakit ni untuk dikongsi sesama kita.Jaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan aktiviti persekitaran kita.Cegah sebelum jadi lebih terok..Chow
Apakah itu Bronkitis?
Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.
- Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
- Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).
- Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.
Apakah yang menyebabkan Bronkitis?
Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.
Gejala yang perlu diberi perhatian
Bronkitis Akut | Bronkitis kronik |
|
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment