Thursday, October 6, 2011

at 2:14 PM Labels:

Saya baru terbaca berita kematian pengasas Apple, Steve Jobs. Kali ini berita betul bukan berita tersilap seperti yang pernah berlaku sebelum ini oleh salah satu siaran TV. Beliau berumur 56 tahun dan sebab kematian Steve Jobs adalah kanser pankreas. Beliau telah menjalani pembedahan bagi kanser pankreas pada tahun 2004, dan menerima pemindahan hati pada tahun 2009. Beliau mati meninggalkan seorang isteri, 4 orang anak, 2 orang adik perempuan dan 49,000 orang pekerja.

Saya teringat filem “Pirates of Silicon Valley” yang mengisahkan kehidupan Steve Jobs dengan Apple dan Bill Gate dengan Microsoft. Filem yang menceritakan semula Apple di awal kelahirannya yang diasaskan oleh dua pemuda hippies Steve Jobs dan Steve Wozniak. Mereka memperkenalkan komputer Macintosh yang pertama pada tahun 1984, dengan kebolehan yang menjangkau sempadan dunia perkomputeran pada waktu itu. Steve Jobs ditendang keluar dari Apple setahun selepas itu dalam satu perebutan kuasa syarikat. Tetapi ia kembali ke Apple pada tahun 1996 dan membawa Apple ke puncak kejayaan sehingga ke saat-saat akhir beliau. Filem ini memang best…

 

Gambar bekas CEO Apple, Steve Jobs, 2 hari selepas perletakan jawatan beliau pada bulan Ogos. Beliau pada waktu itu kelihatan sangat-sangat uzur, terlalu kurus malah perlu dipapah untuk berdiri kerana tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri.
Bill Gates, bekas ketua eksekutif Microsoft, katanya dalam satu kenyataan bahawa beliau “benar-benar sedih sebaik sahaja mengetahui kematian Steve Jobs.

Tambah beliau lagi: “Dunia hari ini jarang sekali memperlihatkan seseorang yang mampu memberikan kesan yang mendalam seperti Steve, malah kesan-kesan tersebut mampu dirasai oleh generasi yang akan datang. Bagi sesiapa yang bernasib baik bekerja bersama beliau, ia merupakan satu penghormatan yang besar. Saya akan amat merindui Steve

Peminat Apple tentu tidak dapat melupakan betapa hebat kejayaan IPhone, Mac Book, IPad 1 & 2, IPod dan sebagainya yang menguasai dunia teknologi masa kini!

Nampaknya legasi Steve Jobs sampai disini sahaja….

Kata-Kata FS : Seronok bekerja cari duit banyak-banyak sampai menjadi multibilionaire pun meninggal dunia tanpa sempat menghabiskan serta enjoy dengan harta yang ada..Yes memang takdir..Jadi kita renungkan lah,kita bekerja camna teruk n sungguh-sungguh sekali pun,sekali maut datang menjemput,sekupang pun xbawak masuk kubur..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails