Thursday, October 6, 2011
Salam sejahtera,Salam Hormat,Salam 1 Malaysia (Baca dengan penuh semangat)
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya muliakan pada pagi ini,
Terlebih dahulu izikan saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meramaikan majlis kita hari ini,
Tuan2 dan Puan2 sekalian,berdirinya saya disini adalah ingin membuat janji-janji agar tuan2 dan puan2 dapat mengundi saya pada PRU yang akan datang.Saya berjanji akan menunaikan janji-janji saya sekiranya tuan2 dan puan2 mengangkat saya sebagai Ahli Parlimen tuan2 dan puan2
Jangan buang masa tuan2 dan puan2 sekalian,dengar dan fahami janji saya agar tuan2 dan puan2 dapat pangkah X pada kertas undi di bahagian saya nanti.Antara janji-janji yang ingin saya buat pada hari ini adalah seperti berikut:
1)Saya akan pastikan kos pendidikan adalah berada pada tahap paling minima.Seperti yang tuan-puan tahu,pada masa sekarang,kita mengajar anak2 kita untuk berhutang semenjak mereka meninggalkan sesi persekolahan menengah.Mereka diperlukan untuk menandatangani kertas hutang andai ingin menyambung pengajian.Saya berjanji akan hanya mengenakan yuran rm5000 kepada pelajar diploma,rm8000 kepada pelajar ijazah dan pada peringkat sijil,master dan phd,ianya percuma tuan2 dan puan2 sekalian (nada tinggi sikit,semangat)..Dan bagi yang berhutang,tiada interest dikenakan!
2) Yang kedua tuan2 dan puan2 sekalian,saya akan memastikan bahawa kediaman akan dikenakan bil air,bil elektrik pada harga minima,saya akan mengubah rate semasa menjadi lebih kecil kerana saya mengetahui keuntungan tnb adalah sangat melampau tingginya..Saya akan pastikan tuan2 dan puan2 senang lenang guna air dan elektrik tanpa catuan sendiri.
3) Saya berjanji akan mengurangkan cukai import agar barang-barang atgau kenderaan atau apa sahaja dari luar negara tidak keterlaluan mahalnya seperti sekarang.
4) Saya seterusnya jika diberi mandat,akan mengurangkan harga kenderaan nasional kepada 30-60 peratus dari harga sekarang.Ini janji saya tuan2 dan puan2..Saya pasti laksanakan jika dipilih menjadi ahli parlimen.
5) Seterusnya tuan2 dan puan2,saya akan menambah bilangan rumah kos rendah,rumah mesra rakyat dan memastikan harga tersebut berada dalam lingkungan bawah 80,000..Dimana-mana negeri atau bandar tuan2 dan puan2 sekalian..
6)Selain itu tuan2 dan puan2,saya juga akan memperkenalkan bayaran elaun kepada sesiapa yang tidak bekerja dan atas sebab2 tertentu.Bayaran akan dibuat oleh pihak JKM.Elaun adalah antara 150 hingga 300 seorang.Ianya adalah sebagai bantuan pendahuluan sementara mereka memperoleh pekerjaan yang kini dikuasai bangsa asing.
7)Tuan-tuan dan puan2 sekalian,izikan saya meneguk air sebelum meneruskan perbahasan perjanjian saya pada hari ini.Seterusnya,saya akan menaikkan harga rokok dan alkohol semaksimum yang mungkin hingga orang tidak mampu membeli rokok kerana sekotak berharga sama dengan 10 kilo beras cap rambutan.
8)Seterusnya tuan2 dan puan2,saya akan menubuhkan satu persatuan di setiap kampung yang wajib bermesyuarat setiap bulan,menggantikan jkkkp.atau mkk ini,dimana secara ramai membangunkan kampung,kalau memerlukan bantuan,seperti tar rosak,masukkan dalam minit mesyuarat bulanan dan ia akan dilakukan serta merta.Janji saya tuan2 dan puan2 hidup senang dan bahagia di kampung mahupun bandar.
9)Tuan2 dan Puan2,kita tahu bahawa saingan kerja sangat sengit sekarang ini.Jesteru itu,saya akan membuka semua jawatan kosong di kerajaan bagi memastikan anak2 muda dapat masuk menggantikan yang tua.Persaraan adalah pada umur 50 tahun,Sabar,jangan mengeluh,dengar janji yang terakhir..Saya nak bagi peluang kepada kita semua agar menuju akhirat pada usia ini,kita beribadat.
10) Janji yang terakhir,janji yang ditunggu2 oleh kakitangan kerajaan,juga ada kaitan dengan janji ke 9 tadi,jika saya dipilih oleh tuan2 dan puan2,saya akan menaikkan gaji penjawat awam antara 15- 40 %.Dan kajian kenaikan dilakukan setiap 2 tahun.Selain itu,elaun cola diseragamkan berjumlah 500 dan elaun rumah dinaikkan kepada 400.Tuan2 dan puan2,mana nak cari sekarang ni harga rumah sewa pada kadar 180?..Penjawat awam akan memperoleh gaji kasar sekurang-kurangnya paling rendah adalah berjumlah 1500.Bayaran pencen pula tuan2 dan puan2..bagi gred 1 hingga 16,akan menerima sejumlah rm1700 sebulan..Itu paling rendah sekali.Gred lain lebih tinggi.Jangan risau tuan2 dan puan2,pencen pada umur 50,boleh hidup dengan rm1700 itu.Saya janji tuan2 dan puan2 pasti boleh hidup.
Sekian dulu janji-janji saya pada pagi ini,saya akan sambung berjanji sekiranya tuan2 dan puan2 berminat untuk mendengar pada masa akan datang.Saya sudahi dengan ucapan terima kasih.Tuan2 dan Puan2 jangan lupa undi saya jika ingin perkara diatas dilaksanakan segera.Salaaaaaammmm.
ya itu dia.. KJ junior.. kikiiiki