Saturday, December 10, 2011

Salam,RK nak kongsikan bersama anda semua mengenai cara-cara menunaikan solat sunat gerhana.Seeloknya kita buat berjemaah di masjid,dan kalau taknak pergi masjid,buat sorang kat rumah.

Gerhana ada dua iaitu

1. Gerhana matahari. Ia berlaku apabila bulan melindungi matahari.

2. Gerhana bulan. Ia belaku apabila bulan berada di dalam kawasan bayang bayang bumi.

*Apabila berlaku gerhana sama ada gerhana itu sebahagian sahaja atau keseluruhan disunatkan sembahyang bagi mereka yang bermukim, musafir, merdeka, hamba, lelaki dan perempuan.

*Sembahyang sunat gerhana adalah sunat muakad

*Masuk waktu sembahyang gerhana matahari dengan permulan melindungi bulan akan matahari. Habis waktunya dengan taida lagi permukaan matahari yang terlindung dengan bulan atau jatuh matahari dalam keadan gerhana.

*Masuk waktu sembahyang gerhana bulan dengan permulan masuk bayang bayang bumi pada bulan, dan habis waktunya dengan tiada lagi bayang bayang bumi pada permukaan bulan atau dengan naik matahari. Tidak habis waktunya dengan naik fajar atau jatuh bulan pada malam dalam keadan gerhana.

*Diketahui masuk waktu dan keluarnya dengan pengelihatan mata, tidak dengan perkataan ahli kaji bintang.

Cara melakukan sembahyang sunat gerhana

*Niat sembahyang sunat gerhana matahari
أصلي سنة كسوف الشمس ركعتين لله تعالى

Sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah تعالى

*Niat sembahyang sunat gerhana bulan
أصلي سنة خسوف القمر ركعتين لله تعالى

Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaad kerana Allah تعالى

*Niat itu hendaklah didalam hati.

*Sekurang kurang sembahyang sunat gerhana seperti sembahyang sunat zuhur.

*Sekurang kurang sempurna hendaklah disembahyangkan dua rakaad dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaad dan tidak dipanjangkan bacaan padanya.

*Yang palig sempurna disembahyangkan dua rakaad dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaad dan dipanjangkan bacaan pada tiap-tiap rakaad.

*Cara yang paling sempurna hendalah seorang itu

1. takbiratul ihram berserta dengan niat,

2 baca doa iftitah,

3. baca أعوز بالله,

4. baca al-fatihah,

5. baca surah al-baqarah hinga selesai,

6. rukuk dengan membaca tasbih sekadar seratus ayat daripada surh al-baqarah,

7. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk,

8. baca fatihah,

9. baca surah ali Imran,

10. rukuk kali kedua dengan membaca tasbih sekadar lapan puluh ayat daripada surah al-baqarah,

11. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk,

12. sujud dengan membaca tasbih pada sujud sekadar seratus ayat daripada surah al-baqarah

13. duduk antara dua sujud serta baca bacaan antara dua sujud,

14. sujud yang kedua dengan membaca tasbih pada sujud sekadar lapan puluh ayat daripada surah al-baqarah,

15. berdiri pada rakaad kedua,

16. baca al-fatihah,

17. baca surah an-nisa hinga selesai,

18. rukuk dengan membaca tasbih sekadar tujuh puluh ayat daripada surah al-baqarah,

19. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk

20. baca fatihah

21. baca surah al-maidah

22. rukuk dengan membaca tasbih sekadar lima puluh ayat daripada surah al-baqarah,

23. a’tidal iaitu bangkit dari rukuk

24. sujud dengan membaca tasbih sekadar tujuh puluh daripada surah al-baqarah,

25. dudu antara dua sujud dengan membaca bacaan diantara dua sujud,

26. sujud kedua dengan membaca tasbih sekadar lima puluh ayat daripada surah al-baqarah,

27. duduk bagi membaca tasyahud akhir,

28. memberi salam.

*sembahyang gerhana yang kurang akmal (sempurna) seperti ini juga, hanya pendekkan bacaan surah dan kurangkan tasbih pada rukuk dan sujud.

*Sunat dibaca nyaring pada bacaan fatihah dan surah semasa sembahyang gerhana bulan, tidak disunatkan baca secara nyaring pada sembahyang gerhana matahari.

*setelah selesai sembahyang disunatkan membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbi pada dua khutbah itu.

*hendaklah khatib menyuruh taubat, bersedekah, puasa dan lainnya.


RK dapat info ini dari : http://almalakawi.wordpress.com/2009/12/30/sembahyang-sunat-gerhana/

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan amalan kita terhadap Allah S.W.T..Takkan sentiasa saja nak berbicara bab cinta dan hiburan ye dak?.

2 comments:

  1. Info yang amat bagus..Thanks Rehal KAyu..

  1. welcome :D

Related Posts with Thumbnails